Donate by a Click

Sunday, February 28, 2010

Sick World


1. Ramainya orang sakit di dunia ni. Walaupun mereka nampak sihat dan boleh melakukan kerja dengan baik, namun kebanyakan dari mereka sakit - termasuklah penulis ini.

2. Ada macam-macam sakit. Sakit hati, sakit poket, sakit sakit sakit... yang kebanyakannya tak boleh diubati di hospital kerajaan mahupun swata.

3. Apa puncanya ?

4. Mungkin disebabkan persekitaran dunia yang terlalu mencabar. Ya, tapi apa yang mencabar ? Tak perlulah diberikan jawapan, ramai di luar sana yang cerdik dan pandai dan juga yang memandai-mandai akan memberikan sejuta jawapan.

5. Kita selalu dikejutkan dengan kisah pembunuhan dan kemalangan yang meragut nyawa hampir saban hari.

6. Dan mulalah ramai pihak cerdik pandai mengutarakan teori itu dan teori ini, punca itu dan punca ini, penyelesaian itu dan penyelesaian ini.

7. Bagi penulis, semua itu adalah kehendak Allah. Penulis bukan seorang ahli agama, ulama atau ustaz. Penulis hanyalah seorang lagi manusia yang masih bernyawa dan sama-sama menghirup oksigen percuma yang dikurniakan Allah swt. Namun, penulis tertarik dengan ayat ini :

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".- Surah Al- Baqarah, Ayat 30

Dan dalam ayat lain,

"Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya." - Surah Al- Baqarah, Ayat 253

8. Namun, dalam ayat lain, Allah juga mengingatkan :

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." - Surah An-Nisaa', Ayat 29

9. Penulis hanya suka berkongsi di samping mengingatkan diri sendiri melalui blog ini. Jika suka, baca, jika tidak, tutup saja tingkap blog ini kerana setiap manusia itu Allah jadikan berbeza-beza. Kalau dia nak jadikan penulis baik, maka baiklah penulis. Kalau dia hendak jadikan penulis ini seorang yang dermawan, maka menjadilah penulis seorang yang dermawan.

10. Penulis mendoakan yang terbaik untuk semua. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Donate By A Click