
1. Masih ingat cerita Anakku Sazli lakonan terbaik Allahyarham P Ramlee ?
2. Kepada yang tidak ingat, biarlah penulis mengingatkan bahawa Sazli dibesarkan dalam keadaan mewah oleh ayahandanya. Maka menjadilah dia seorang yang terlalu manja hingga menjadi samseng apabila sudah dewasa.
3. Pernahkah anda melihat fenomena seperti ini dalam kehidupan seharian anda ?
4. Pernahkah anda terjumpa “spoiled child” di tempat kerja, di sekolah atau di mana saja ?
5. Tak dinafikan negara kita ini mewah dengan berbagai bentuk material. Jika dulu, ramai antara kita yang mandi parit, sungai, perigi atau mata air. Sekarang, tiada lagi atau jarang benar kita melihat fenomena sedemikian.
6. Kemudian, cuba kita perhatikan di sekolah. Cikgu zaman dulu, tak teragak-agak untuk menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. Sekarang sudah tidak dibenarkan lagi. Kalau ada, mungkin cikgu tersebut akan berdepan dengan risiko disaman oleh pihak tertentu.
7. Hasilnya, pelajar-pelajar yang meningkat dewasa ini akan menjadi seperti Sazli.
8. Jika tidak menjadi kepala samseng sekalipun, lihatlah sahajalah karektor mereka yang dibesarkan dalam keadaan serba manja. Mungkin adakalanya amat menjengkelkan.
9. Namun, tidak dinafikan ramai juga menjadi manusia yang menyenangkan meskipun dibesarkan dalam keadaan mewah dan manja.
10. Penulis masih ingat lagi betapa baiknya anak seorang bekas Ketua Menteri ini, begitu “down to earth” dan "caring" terhadap semua yang mengenali beliau, namun Allah lebih menyayangi beliau dan meninggal dunia sebelum berusia 25 tahun.
11. Mungkin ada benarnya kata-kata – “Only The Good Die Young”
